assalamuaikum..ha.diam xdiam da lebey 2 minggu ramadhan meninggalkan kita bersama syawal...walaupun terasa diri ni terlambat nak update entri pasal raya, tapi jari ni tetap gak gatal nak menaip pasal raya. sekadar perkongsian dari tuan punya blog dengan sesapa pun yang sudi membaca. wah macam pasrah jer bunyi nyer ea. So..jom kita mula dengan cerita raya..raya raya raya...
Raya tahun ni terasa persiapan agak rapi..mungkin sebab masing2 da besar kan..so memang kami bersama2 membanting tulang 4 kerat kami dalam usaha memastikan rumah nampak bersih dan berseri kalau x dimata orang pun sekurang-kurangnya di mata kami. so waktu malam nya semua da ready.nasi impit, kuah kacang, rendang daging n xlupa menu yg mnjadi favourite ku rendang ayam daging.. semua da siap sebelum jam 10 malam...kek lak petang da siap..wahhh..nmpak exited betul kan...kek buat dua biji, dua2 jadi..hik3...
ha..ni cerita di pagi raya yang syahdu pulak...mak kena bertugas masa satu ari raya..sememangnya agak xbest la..rumah terasa sunyi..kul 1 baru dia alik..pagi tu masa abah n his 3 hero g smbahyang raya..mak tolong aku isi kuih dalam balang...n hidangkan makanan..sebab karang bila abah balik pas sembahyang raya abah terus anta mak kat ofis dia..sebelum mak kuar rumah kami bersalaman bermaafan n yang paling penting dapat wet raya dari abah..:)..ada satu pic je yg sempat disnap masa acara ni berlansung..
Pagi sampai tengah hari memang xda tetamu yang datang sebab saja aku selaku kepala menutup pintu rumah dari kunjungan kanak2 yang kejam..wahhh....pas mak alik ada gak la tetamu yang datang. dan sebenarnya hari raya ni menjadi sangat2 bermakna buat aku bila menerima kunjungan penjaga hati ku di petang2 yang hening ni..actually dia memang nak alik kg masa raya pertama ni...tapi pertemuan kami masa petang 1 syawal tu memang x dirancang...(walaupun diri ni da rancang nak ajak dia dtg dari malam raya tu lagi..saja nak bg surprise sket kat ye)...tu la first time aku jumpa dia....so boleh lah dilabelkan petang tu sebagai the blushing2 aidilfitri..dapat tengok dia depan mata...merupakan saat yang paling aku xboleh lupa sepanjang hidup ni. n walaupun diri ku masa tu kelihatan seperti orang gaji tapi still gak nak amik gambar ngn ye...hopefully dia boleh jadi sebahagian dari family aku kelak bila tiba masanya nanti..wahhh...Ya Allah..seandainya dirinya tercipta untukku..aku redha diriku menjadi miliknya...aminn. to my baba..thnks sebab sudi datang rumah dan menjadikan lebaran untuk diri ni amatlah bermakna.. *_^
story ni untuk raya kedua pulak..acara wajib dalam family kami..time hari raya yang kedua ni..kami akan beramai2 menziarahi pusara sanak saudara yang dah pergi menyahut panggilan Pencipta...mula2 kena g kuburan di permatang pasir dulu sebab tahlil kubur kat sana bermula awal..diikuti pastu ke kuburan pengkalan durian pula..masa raya kedua ni baru lah dapat melaram sikit..i mean pakai baju raya la...takat ni..aku xpernah lagi miss acara menziarahi kubur masa 2 hari raya ni.pas ziarah kubur baru la kami sekeluarga bergambar bersama2.
raya ketiga lak dengan member2....pendek kata walaupun agak penat masa raya ni tapi takpelah..sekurang2 nya berbaloi untuk semua keceriaan yang kita semua dapat ni kan..walau kat mana pun kita meraikan hari raya..walau siapa pun kita.bersederhanalah kerana apa yang penting adalah dengan siapa kita meraikan semua ni..Aidilfitri akan tambah bermakna sekiranya kita berada dekat dengan orang yang kita sayangi.Bersamalah kita meraikan hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan..*_^

No comments:
Post a Comment