MILIK SIAPA WANITA ITU??
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itumenjadi ahli syurga.
Sabda Rasullullah SAW, wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
::Perbualan saya dengan seseorang tadi telah mendorong saya kerahkan juga masa ni untuk mencari artikel ini. Alhamdulillah..saya temukan jugak. Betapa susahnya nak memberi kefahaman kepada manusia mengenai apa yang kita tahu. Tambah-tambah bila dia kata..tidak ada satu kitab pun yang ada menyebut pasal perkara jodoh selepas mati ni. Berapa banyak ye kitab yang dia da baca bila dia boleh keluarkan statement yang seperti itu. Wahai saudaraku..walau aku tahu kamu takkan membaca ini..tapi ingin aku patrikan dalam entiku kali ini sebagai bantahan terhadap apa yang kamu katakan. Walau aku tau kamu tidak akn membacanya. Diamku tadi kerana aku amat menghormati kamu::
p/s~pemberontak rupanya aku ni walau pun pemberontakan ini dalam diam :)

No comments:
Post a Comment