Blogger Templates

Saturday, October 22, 2011

PiLu aku siapA pedULi

Pilu aku siapa peduli??.Tajuk entri kali ni macam pertanyaan la pulak kan?.hehehe...Tanya bukan sebarang tanya tau..Bukan mudah rupanya menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberi oleh mak dan abah sepanjang ketiadaan mereka..dan sekarang aku tahu perkara tu tak mudah dan memerlukan sokongan dari semua terutama sekali hero-hero ni la..



So sekarang..bila mak abah dah xda kat rumah..baru kita tau yang mana satu saudara kandung dan yang mana satu saudara sekadar pada nama sahaja. Ada saudara yang sanggup berulang alik untuk bertanyakan khabar kami adik beradik dan kurang juga ada yang melontar kami dengan pelbagai kata yang membuatkan jantung ni bagai disentap-sentap. Tanpa sedar..air mata ni berlinang tatkala menatap gambar keluarga kami..dalam hati merintih..Mak..Abah..balik la cepat...mereka begitu..mereka begini..Mereka mahu lihat kami tersungkur mak..abah...baliklah mak abah...

Kenapa ya mereka begitu? sudahlah mak abah berangkat ke tanah suci lansung xdatang menjenguk...ni bila mereka dah sampai ke sana.tiada yang bertanya khabar. Malah menabur fitnah pula... What the hell of this!!!
Kenapa korang teruk sangat macam ni? Zalim tu adalah kata2 yang paling sesuai untuk gambarkan tingkah laku korang yang lebih kurang sama macam binatang tu!!Tahu x zalim tu apa wahai saudara ku?zalim tu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya..Korang tau x yang kat sana tu sapa?tu adik beradik korang tau x..yang sama perut..sama ibu..sama darah...korang lahir dari rahim yang sama..tapi kenapa korang buat dia macam tu!!!Lupa kah korang ha..sapa yang bertungkus lumus menyekolahkan korang..bagi duit belanja kat korang...sapa orang tu?? Pernah ke dia mintak balas? Pernah ke?sesen pun xpernah!!! Pernah dia mengungkit? Lansung x!!! Kenapa korang buta ha nak menilai yang mana satu permata yang mana satu kaca?

Aku sedar tiap manusia ada perasaan hasad dengki. Tak terkecuali perasaan wujud dikalangan adik beradik jugak. Tapi dengki korang ni sampai sanggup nak tengok adik beradik sendiri mati!! sanggup korang kan? Allah tu nampak..Dia tahu apa yang tersirat kat tiap2 perbuatan korang... Allah Maha Mengetahui..berbahagialah korang atas penderitaan kedua ibu bapaku...



No comments:

Post a Comment