Blogger Templates

Thursday, April 19, 2012

Demi Waktu Itu

Assalamualaikum...
Saat air oren menjengah tenggorok...mata tiba2 jadi segar tuk menulis...hehehe...bukannya apa..tapi melihatkan kepada blog archieve..pilu lak ase bila bulan march zero tanpa ada apa2 cacatan. Mata ni segar bugar malam2 ni..tu la..tertengok pulak  pak cik bungkus kat slot seram tv3..komprem xpat tito..(rosak bahasa..).. :)


Demi melihat kepada bulan demi bulan..detik demi detik...hari demi hari..memangla sangat hambar bila ianya berlalu tanpa apa2 berita yang baik...Tak ada kerja...mean..tak ada panggilan temuduga...tak ada jugak sebarang tawaran kerja..Ya Allah...hebatnya dugaan...bukakanlah pintu rezeki buatku Ya Allah...Aku yakin tiap2 makhluk MU ada rezekinya masing..beza cepat atau lambat sahaja.. Patutkah aku membuka kedai kek? kedai makan? atau seperti cita2 asalku? kedai bunga?? xpun kedai kucing??? Tapi sapa pulak nak beli jack sparrow yg suka membuang najis merata2 tu...haih...

Ya..aku masih beruntung dari mereka yang tiada makanan..tempat tinggal...perlindungan keselamatan..aku punya semua itu..ada tempat tinggal..makanan..perlindungan...itu yang diberi oleh penjaga yang Dia titipkan buatku..Alhamdulillah...

Ok2 ...tamatlah fantasi..tamatlah angan2..air oren pun dah kontang dari mug ni...Niat hati nak berkongsi sedikit perkongsian ilmu yang mungkin sahaja kita tahu..tapi xpernah kita mengamalkannya...Jiwa ni tersentuh dengan maksudnya yang halus dan indah...Sungguh..Doa selepas solat Dhuha...Ya solat Dhuha..Solat yang boleh dilakukan dari minima dua rakaat..selpas matahari terbit..dari pukul 8am hingga  11 am.

Rasulullah s.a.w.  ada menjelaskan menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 


Hayati maksud doa selepas solat dhuha ini ..

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



Akhir kata renung2kanlah firman Allah ini... Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut.”

Semoga diri ni IStiqomah dalam mengerjakan solat Dhuha itu..indahnya Dhuha..


No comments:

Post a Comment