Tidak dapat kita mengenali seseorang itu melainkan dengan tiga waktu. Pertama..tidak dapat kita tahu seseorang itu adalah pemaaf kecuali apabila dia sedang marah. Kedua..tidak dapat kita menklasifikasikan seseorang itu sebagai berani melainkan pada waktu berjuang dan yang terakhir tidak dapat kita mengenal sahabat melainkan pada waktu kesusahan. Wah...dah keluar dah madah pujangga yang saya cedok dari mana entah. Mukadimah saya untuk entri saya yang kedua ni..
Sahabat...merupakan antara elemen penting selepas keluarga dalam hidup semua orang. Sesiapa pun mesti ada seorang insan bergelar sahabat dalam hidup. Kata orang..sahabat ni...susah betul nak cari yang sanggup di sisi kita masa susah, bersama dengan kita di saat-saat kecederaan dan sebagainya lah...Tapi kalau takat nak cari yang nak sama-sama dengan kita time2 kita senang..time kita ketawa..time kita dah masyhur(macam la saya penyanyi nak masyhur2 lak)...huh..xpayah cakap la..memang la melambak. Time tu lah nak cakap dia dulu penah rapat dengan kita..penah satu skola..penah makan sama-sama lah..Lumrah alam lah tu.
Oleh yang demikian, disebabkan saya ingin berkongsi mengenai pentingnya seorang sahabat dalam hidup saya..saya persembahkan kisah mereka dan saya di ruangan yang terhad ini. Menurut apa yang saya tahu lah..saya ni merupakan seorang yang susah nak rapat dengan seseorang, tapi bila sekali saya dah rapat...saya akan menghargai dan mengingati mereka ni selagi nyawa dikandung badan. WaHhHH..
Sahabat yang sejati adalah sahabat yang sentiasa sudi meminjamkan bahu mereka tanpa rasa jijik apabila kita menangis. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga yang dapat saya kirimkan buat mereka. Dalam hidup saya...saya ada 3 sahabat yang terbaik yang pernah saya ada..Walaupun makin hilang ditelan waktu dan usia..tapi nama mereka masih teguh terukir dalam hati ni. Selalu kan dengar mereka berkata persahabatan yang sejati akan kekal sampai mati..kemesraan yang terjalin xkan pudar dimamah usia.Tapi pada saya semua perkara tu akan hilang..termasuk lah sahabat tadi. Kalau dulu dia yang peluk kita..tenangkan kita masa kita rasa kita sorang2...bagi dorongan saat kita hilang pedoman.. sanggup bersengkang mata dengar masalah kita...bagi nasihat kat kita...Tapi jangan terkejut kalau satu hari nanti semua tu akan hilang. Tanpa kita sedar kita akan sorang2 dan masa tu kita akan rasa sebenarnya sepi tu adalah sahabat yang paling setia.
Sahabat pada saya tetap manusia biasa. Ada tanggungjawab..ada tuntutan sendiri.. Ada kepentingan masing-masing. Satu masa bila mereka dah jauh dari kita..dah ada orang yang tersayang..dah ada kerjaya...persahabatan yang dulu mampan jadi makin rapuh..Macam lagu Opick la plak..*_^. Saya sedang merasai semua tu sekarang. Tak ada apa yang boleh dibuat lagi melainkan hanya kenangan2 termanis bersama mereka yang terlayar di fikiran. Tu je jadi ubat bila hati terlalu rindukan mereka yang pernah akrab dengan saya.
To Pina...I really2 miss our moment when we are together.Kita sama2 meniti alam peralihan dari kanak2 ke remaja...Sama-sama duduk depan masa Ustaz ngajar..sama2 bergosip sal cikgu..sama2 minat westlife..macam2 lagu westlife dia rakamkan tuk saya dengar..tapi kasetnye da hilang sekarang..*_^ Masa saya pindah kat sekolah teknik dulu dia tinggal kat sekolah Linggi. Masa tu kitorang selalu main mesej...saya anta surat kat dia,..time buzday lak..kami tukar2 hadiah..Tapi masa dah membataskan segalanya.da memudarkan semua sekali..anyway saya sempat g masa dia engaged hari tu...Sama2 meraikan dia..Puasnya hati dapat sama meraikan orang yang pernah akrab dengan kita bertunang..Siap bagi present gubahan n berkampung lagi kat Melaka.Congratz my sweety fwen...Moga kekal ke jinjang pelamin..ke anak cucu sekali..:)
To Zaid..thanks sebab sudi sama2 dengan aku masa susah aku..masa air mata ni tak henti2 mengalir..kau buat aku ketawa...Nak tau sebab apa? Sebabnya dia kata apa sedey2 ni Shida...ko kena happy2 selalu. Ko ingt ko mati2 t ko da gerenti ke masuk syurga...lau masuk neraka cane..xkan kat sni kat sana ko nak macam ni..Wah ko doakan aku masuk neraka Zaid??...hee.Takpe..ko saja nak wat aku gelak je kan..Kononnya xda siapa yang kenal aku macam mana dia kenal aku. Elehh...katanya lagi aku nampak je keras tapi hati lembut cam sutera..waaa..Sengsara aku dengar..Dan bila dia kata pada aku ada keindahan yang xada kat orang lain..ase nak cepuk je kepala dia..kononnya my pp macam kena suntik botox..ada ke patot..Haih...Keberadaan ko kat aku pada masa2 kecederaan dan kesusahan aku buat aku teharu sangat.kadang tu ko pulak lebih2 marah..aku ok je...dengan kau..aku lupa aku sedang bercakap dengan orang yang berlainan jantina dengan aku..Ko tau tak..ko ni baik sangat..Tabahkan hati ko untuk melalui liku2 dalam hidup ko..
To Joyaki...saya rindukan awak joy..saya rindu nak sakat awak..nak mengata awak depan2..Pastu saya rindu nak tengok muka malu2 penyu awak tu. Saiko2 awak pon saya tetap sayangkan awak. Awak tahu x joy...saya xpernah anggap awak macam kawan saya..tapi saya anggap awak macam saudara sendiri. Awak ingat tak...kita nanges sama2 masa awak dapat surat yang awak xboleh duduk final exam. Tapi yang peliknya saya yang paling teruk nanges. Kita pernah lapar sama2...Study sama2..walaupun masa tu awak tipu..awak bukan study..tapi tido..sian saya study sorang2....sempat snap pic awak masa tu. Saya simpan lagi..*_^.. Saya ingat lagi saya pekup muka awak ngan Min nye bantal busuk pink. Gara2 saya tak tahan dengar awak menyanyi...terus awak senyap sebab pening2 lalat pastu.. Time saya nak balik kampung lak awak peluk saya macam la saya nak alik setaun..padahal saya alik sminggu je..Thanks joy..bangun subuh2 semata2 nak teman saya tunggu bas..Saya sayangkan awak joy..tapi sekarang awak pon ntah ke mana..agaknya xsampai pun hajat saya nak tgk awak bergaya ngn jubah pink awak tu..
Persahabatan merupakan perkara yang amat berharga dalah hidup saya. Biar serapuh mna pun nilainya saya tetap akan mengenang mereka sampai bila2 pun. Akhir kata renung-renungkan lah mutiara kata ini demi sebuah persahabatan.“Persahabatan itu seperti tangan dan mata. Saat tangan terluka, mata menangis. Saat mata menangis, tangan menghapusnya. Jaga selalu tangan agar tak terluka dan mata agar tak menangis.”

No comments:
Post a Comment