Blogger Templates

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa SahLan Ya Ramadhan


Ramadhan...bulan keberkatan..tiap detiknya adalah keampunan dan keberkatan...bulan yang lebih baik dari seribu bulan..bulan terjadinya Lailatul qadar....Kedatangan ramadhan kali ni diharap akan membawa sejuta rahmat buat semua umat Islam dan aku tidak akan jemu meminta2 untuk itu.

Ya Allah..kau berikan aku hidayahmu...Kau murahkan lah rezeki ku...mudahkan aku mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai, walaupun ianya sukar untukku aku pohon pada Mu ya Allah..Kau jadikanlah aku anak yang menyenangkan hati kedua orang tuaku.. dan kau temukan lah aku dengan jodohku yakni orang yang telah kau tetapkan untukku sejak azali lagi..Ya Allah..aku sandarkan hati ini padaMu..janganlah Kau biarkan hatiku disakiti lagi..Amin.....

Da lama xmembebel dalam ni..So sekarang time2 santai gni nak la menconteng apa yang patut..hik3....ramadhan taun ni aku lalui dengan penuh rasa bahagia walaupun hati tercalar luka dengan sikap sesetengah insan yang xpernah puas menZooMkan kekurangan orang lain tanpa mengambil kira kekurangan diri sendiri..Hai..lantak lah...Lagi dikenang merana la pulak badan ni..Aku da ambil keputusan..lepas ni lantak kau lah nak jadi apa pun..penat lah nak pikir dah...buat tambah dosa aku je...To that person...ha...tuduh la seberapa banyak yang kau nak tuduh...hamparkan cara pemikiran kau yang senget sebelah tu..tunjukkan lah kebodohan kau menafsir segala maklumat yang kau dapat tu..insyaallah...syurga tentu untuk kau nanti.. Kau bukan Allah...sapa kau nak membayangkan diri aku di masa yang akan datang..Aku ada Allah...aku berpaksikan Dia...bukan berpaksi pada apa yang kau cakapkan...Ilmu xsedalam mana...bercakap macam kau da dapat selam semua ketetapan Allah..Mulai hari ni aku redha dengan semuanya... Aku xkan bersuara lagi... Betul kata cikgu... Tak ada sesiapa pun akan dengar suara hati aku... Jadi berdiam adalah satu-satunya pilihan yang aku ada. Tapi jangan pikir diam aku, aku terima apa yang kau lontarkan.

Pasal hati dan perasaan...aku panjatkan kesyukuran pada Mu Ya Allah..kau hantarkan pada aku sesuatu yang cukup untuk membahagiakan hidup aku. Aku berbahagia dengan kehadirannya. Dia buat siang dan malam aku berseri.... Dia buat aku tersenyum...Aku gembira dengan anugerah Mu ini. Aku akur pada ketentuanmu...bila2 masa pun Engkau mampu buat aku menangis dengan ketentuan Mu..sampaikan aku terpikir xda siapa pun perlukan aku. Tapi dalam sekelip mata kau tukar tangisan aku kepada kegembiraan yang ada sekarang...tak pernah pun aku terpikir aku dapat rasa semua ni lagi...Tapi sekarang...tekad aku...walau sebanyak mana sekalipun masa yang ada..aku nak gunakan dengan sebaiknya...kalau tak kekal sekalipun..aku nak dia kekal sebagai satu kenangan paling manis dalam hidup aku....Amboi...klas ko maria..:)



MOOD~Ketika cinta bertasbih..hik3...pEace..

Akhir kata SALAM RAMADHAN AL MUBARAK...




No comments:

Post a Comment