Istikarah...takot kan mendengarnya....bila cakap soal istikharah perkara yang selalu terbayang kat fikiran orang yang meyebutnya adalah JODOH..betul x? Tak kisah lah samaada yang mendengarnya tu lelaki atau perempuan..kebanyakannya akan terbayang atau terpikirkan perkara yang sama..iaitu perJODOHan...Benarkan begitu? di sini Cik Shahida akan merungkai segala persoalan..WaaHHHh....Skop istikharah ini sebenarnya adalah luas dan ianya tidak tertumpu dalam soal mencari jodoh semata-mata. Penyataan ini disokong..di mana amalan melakukan istikharah ini adalah sangat-sangat digalakkan oleh Rasulullah saw..ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
“Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:“Ok. Jadi sekarang kita tukar ..JOm kita tengok dari perspektif yang lain pulak..maknanya kalau kita lihat dari sudut lain. Andaikata kita melihat perkara ini dari sisi seorang wanita yakni dalam soal memilih pasangan hidup, saya percaya solat istikharah ini merupakan satu petunjuk besar buat kaum hawa dalam memilih. Jalan yang telah diberi oleh Allah swt agar kita tidak gelincir dari landasan yang benar. Tinggal lagi ini soal hati..samada kita mahu melakukannya atau tidak saja.
Jodoh merupakan anugerah daripada Allah...dan ianya telah ditentukan sejak azali lagi. Hanya masa akan menentukan bila waktunya kita akan bertemu dengan orang yang telah ditetapkan untuk kita.Persoalannya sekarang bagaimana kita ingin mengetahui siapa yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk bersama kita.Ha...jadi kerana sebab itulah Allah mengurniakan manusia telinga untuk mendengar..mata pula untuk melihat..otak untuk berfikir dan yang paling istimewa..hati..gunanya untuk menilai. Jadi gunakanlah deria-deria yang telah dikurniakan ini untuk mencari dan merungkai persoalan-persoalan yang kita kehendaki. Meminjam kata-kata yang pernah saya terbaca..
Dua manusia yang telah ditakdirkan untuk bersama pasti memiliki ikatan emosi, fizikal dan spiritual antara mereka. Apabila mereka bersama,pasti masing-masing akan dapat merasai kemisan cinta anugerah Allah serta rasa saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Dan akhirnya.. gerak hati sendiri yang akan mengatakan dia sebenarnya insan yang telah ditakdirkan Allah untuk bersama kita.




No comments:
Post a Comment